Ahad, 5 September 2010

hari-hari sebagai pelajar praktikal...

Kehidupan aku sebagai pelajar praktikal sungguh membosankan.
Tiada apa yang aku dapat lakukan kecuali hanya sedikit saja. Namun begitu setelah membilang hari, aku telah menghabiskan sebanyak 2 bulan tanpa membuat apa-apa untuk projek yang mesti aku siapkan.
Walau bagaimanapun, aku dapat juga melangkah untuk satu langkah ke hadapan untuk hari ini... Mudah-mudahan maklumat yang aku kehendaki ini dapat aku guna untuk projek aku..
Arrrrrgghh...hanya sedikit yang aku telah buat...
Ramdhan aku pun berlalu macam tu saja..
Aku dapat rasakan tiada pengisian yang dapat aku lakukan untuk jiwa aku ni....
Aku seolah-olah telah lemas dalam dunia aku sendiri.. Ia sangat menjijikan.........l
Harapan aku agar aku dapat menyiapkan projek aku tanpa apa-apa masalah dan dapat menghabiskan pengajian aku sebagai pelajar...... Selepas ini dunia pekerjaan pula yang menunggu aku.. Aku dapat mengagak yang pekerjaan sekarang susah mahu dapat.. Mudah-mudahan ada la rezeki untuk aku nanti... Setakat ini saja daripada akuu...

Isnin, 8 Mac 2010

Diari Kedua

Assalamualaikum w.t.b kepada orang pertama dan seterusnya yang sudi melihat sedikit tintaku ini...
"Diari Kedua" adalah satu bentuk jalan untuk saya berjinak-jinak dalam aktiviti penulisan blog seiring berkembangnya teknologi pada hari ini. Sebenarnya aktiviti menulis saya sebelum ini adalah dalam sebuah buku diari saya yang saya tulis selama beberapa tahun kebelakangan ini. Aktiviti tulisan ini kadang kala sungguh menyeronokkan. Segala bentuk luahan perasaan kita dapat luahkan ke dalamnya. Namun begitu, di dalam blog ini saya rasa segala luahan tidaklah terlalu peribadi kerana saya sekadar ingin berkongsi sesuatu bersama bloger-bloger.
Mudah-mudahan di dalam "diari kedua" ini mampu meningkatkan aktiviti penulisan saya dari segi ilmu dunia dan akhirat bersama-sama rakan-rakan baru nanti.
Akhir tinta..." Setiap amal yang kita buat akan mendapat balasan daripada Allah... Carilah rezeki di dunia ni sekadar yang kita hidup di dunia ini. Namun begitu, buatlah amal selama kita mahu hidup di akhirat.."
- MORAL : Hiduplah di dunia secara sederhana. Yang penting adalah amal. Kita hidup adalah untuk beramal. Mudah-mudahan kita selalu bermujahadah terhadap nafsu...