Isnin, 8 Mac 2010

Diari Kedua

Assalamualaikum w.t.b kepada orang pertama dan seterusnya yang sudi melihat sedikit tintaku ini...
"Diari Kedua" adalah satu bentuk jalan untuk saya berjinak-jinak dalam aktiviti penulisan blog seiring berkembangnya teknologi pada hari ini. Sebenarnya aktiviti menulis saya sebelum ini adalah dalam sebuah buku diari saya yang saya tulis selama beberapa tahun kebelakangan ini. Aktiviti tulisan ini kadang kala sungguh menyeronokkan. Segala bentuk luahan perasaan kita dapat luahkan ke dalamnya. Namun begitu, di dalam blog ini saya rasa segala luahan tidaklah terlalu peribadi kerana saya sekadar ingin berkongsi sesuatu bersama bloger-bloger.
Mudah-mudahan di dalam "diari kedua" ini mampu meningkatkan aktiviti penulisan saya dari segi ilmu dunia dan akhirat bersama-sama rakan-rakan baru nanti.
Akhir tinta..." Setiap amal yang kita buat akan mendapat balasan daripada Allah... Carilah rezeki di dunia ni sekadar yang kita hidup di dunia ini. Namun begitu, buatlah amal selama kita mahu hidup di akhirat.."
- MORAL : Hiduplah di dunia secara sederhana. Yang penting adalah amal. Kita hidup adalah untuk beramal. Mudah-mudahan kita selalu bermujahadah terhadap nafsu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan